Isn 13 Apr 2009 |
|
SEDIKIT INFO BERKAITAN AIR KELANTAN SDN BHD Kerajaan Negeri Kelantan telah mengambil keputusan untuk menswastakan pengurusan bekalan air di Negeri Kelantan pada 25 Februari 1995. Kerajaan Negeri melalui Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN) dengan Thames Water PLC telah menubuhkan sebuah syarikat usahasama iaitu Kelantan Water (Malaysia) Sdn Bhd (KWSB) dengan pemilikan saham sebanyak 70% oleh Thames Water (Malaysia) Sdn Bhd 30% lagi oleh YAKIN. KWSB mengendalikan bekalan air sedia ada, perawatan air dan sistem pembekalan termasuklah mengeluarkan bil dan mengutip hasil dan memajukannya bagi memenuhi keperluan penduduk Negeri Kelantan selama 25 Tahun.
Walau bagaimanapun, perjanjian PPBA telah dimansuhkan pada 29 April 1999 berikutan langkah Thames Water (Malaysia) Sdn. Bhd menjual keseluruhan 70% sahamnya dalam KWSB kepada Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Bermula pada 29 April 1999, Syarikat KWSB telah ditukar kepada AIR KELANTAN Sdn Bhd (AKSB). Pertukaran ini adalah disebabkan berlakunya pemilikan saham sepenuhnya oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan sebanyak 100%. Akibat pembelian saham ini AKSB merupakan sebuah syarikat swasta yang bernaung di bawah Kerajaan Negeri Kelantan dan dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Terdapat sepuluh jajahan yang telah beroperasi di Kelantan iaitu termasuk jajahan Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Tumpat, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang. Bagi jajahan Kota Bharu ia telah dibahagikan kepada tiga zon iaitu utara, timur dan selatan.
Pihak AKSB bertanggungjawab dalam mengendalikan pengurusan pembekalan air di seluruh negeri Kelantan di samping rawatan air dan mengendalikan sistem pengagihan serta memastikan air yang dibekalkan oleh pihak AKSB adalah bersih dan terjamin dengan peningkatan kuantiti dan kualiti air yang akan digunakan oleh penduduk Negeri Kelantan. AKSB juga turut mengendalikan pembayaran bil-bil air dan pemungutan hasil air di seluruh jajahan untuk rakyat negeri Kelantan. Selain itu AKSB juga mengendalikan 30 buah loji air dan berupaya menghasilkan air sebanyak 230 juta liter air setiap hari untuk pelbagai kegunaan penduduk Kelantan.
Klik banner galeri untuk melihat lebih byk gambar aktivti |
- PROGRAM TAHSINUL QIRAAH DAN ANAK ANGKAT DI PERKAMPUNGAN SAUDARA BARU SARAWAK
- Semoga Kejayaan Dalam Genggaman-PMR 2011
- MALAM KESENIAN ISLAM MTST 2011
- MTST Tempat ke-3 Pertandingan Animasi Peringkat Akhir MASSAK 2011
- Memorial Sang Murabbi 2011
- "Kebersihan Sebahagian Daripada Keimanan"
- MTST Johan Pertandingan Animasi - Peringkat Zon
- Pasukan Ping Pong MTST Johan Zon 3
- KEM AL-QURAN & AKADEMIK (KADA 2010)
- Tadarus Al-Quran di Qaryah Ramadhan
|
|
Ingat 5 perkara Sebelum 5 perkara.. |
Muat Turun Terbaru
- TENTATIF HARI PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN SATU 2012.pdf (2011.12.26)
- KEPERLUAN PELAJAR 1.pdf (2011.12.26)
- TINGKATAN 1 2012.pdf (2011.12.26)
- borangmasukmaahadkawalan2012.pdf (2011.10.09)
- jadual peperiksaan tengah tahun 2011.pdf (2011.04.26)
Undian
Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin
Berangan, 16200 Tumpat Kelantan
No Tel : 09-7258979
No Fax : 09-7255979
email : mtst@mtstumpat.com
Statistik Pelawat






![]() | Hari ini | 320 |
![]() | Semalam | 414 |
![]() | Minggu ini | 1483 |
![]() | Minggu lepas | 2288 |
![]() | Bulan ini | 2833 |
![]() | Bulan lepas | 9204 |
![]() | Keseluruhan | 145535 |



Pada 13hb April 2009, Pihak MTS telah menghantar ahli persatuan kelab Sains dan Matematik seramai 46 orang. Diiringi oleh dua orang guru iaitu Teacher Meriam bte Ismail dan Ustaz Shafawi bin Salleh. Lawatan ini adalah demi memenuhi jemputan pihak Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) untuk mempamerkan loji rawatan air di Bukit Merbau, Machang.









