Sel

03

Jan

2012

PROGRAM TAHSINUL QIRAAH DAN ANAK ANGKAT DI PERKAMPUNGAN SAUDARA BARU SARAWAK Cetak
     Oleh :   Unit IT MTST

          kem_sarawak1Maahad Tahfiz Sains Tumpat telah mengadakan satu lawatan ke negeri Sarawak bagi mengisi aktiviti program selepas Peperiksaan PMR. Lawatan ini disertai oleh 27 orang pelajar tingkatan tiga serta diiringi tiga orang guru pengiring iaitu Tuan Mudir Ustaz Suhaimi Sulaiman, Ustaz Silmi Omar dan Ustaz Nazri Shamsudin. Program ini mendapat kerjasama daripada Jabatan Kemajuan Islam  Malaysia (JAKIM) cawangan Sarawak dan diadakan selama lima hari pada 26 sehingga 30 november 2011.

          Para peserta rombongan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Kota Bharu pada jam 10.55 pagi dengan menaiki pesawat Air Asia menuju ke Terminal Tambang Murah (LCCT). Kami tiba di LCCT dan segera menunaikan solat jamak takdim bagi menaiki pesawat seterusnya pada jam 4.45 petang. Kami selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangasa Kuching kira-kira jam 7 malam disambut oleh pegawai JAKIM, Abang Tarzidi. Kami dibawa bagi menikmati makan  malam di Kubah Ria sebelum meneruskan perjalanan ke tempat penginapan di Pusat Latihan Sarawak, Matang Jaya.

          Pada hari kedua, selepas mengambil sarapan pagi kami bergerak menuju ke Pasar Tani Satok bagi membeli cenderahati. Seterusnya perjalanan diteruskan ke Waterfront yang terletak di tebing Sungai Sarawak. Kami berpeluang merasai pengalaman menaiki sampan panjang menyelusuri sepanjang Sungai Sarawak. Kemudian kami berpeluang membeli cenderamata untuk dibawa pulang di deretan kedai berdekatan. Kami  singgah untuk menunaikan solat jamak takdim di Masjid Jamek Kuching sebelum meneruskan perjalanan ke Jong`s Crocodile Farm yang merupakan Taman Buaya Terbesar di Asia.

kem_sarawak2

          Pada hari ketiga, kami memulakan perjalanan menuju ke Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) bagi melakukan perkongsian pintar bersama pihak IKMAS. Kira-kira jam 11 pagi kami mamulakan perjalanan menuju ke Perkampungan saudara baru masyarakat Bidayuh yang terletak di Kampung Sungai Buluh, Bedop Serian selama dua jam perjalanan dari IKMAS. Kami tiba di kampung Sungai Buluh dengan disambut oleh penduduk kampung. Selepas itu berlangsung majlis penyerahan anak angkat kepada 7 keluarga angkat. Pada malamnya,para peserta bersama keluarga masing-masing berkumpul di masjid bagi mendengar ceramah Hijratul Rasul yang disampaikan oleh pegawai daripada JAKIM. Kami menikmati santapan malam berhidangkan pelbagai jenis lauk-pauk tradisional masyarakat Bidayuh selepas itu.

kem_sarawak3

          Kami memulakan pagi hari kedua dengan melakukan senaman ringan bersama masyarakat setempat. Para pelajar mengambil peluang dalam acara sukaneka seperrti meraut daun kelapa, boling kelapa dan berebut kerusi. Selepas itu,kami mengadakan perlawanan bola sepak dengan penduduk kampung sebelum pulang ke rumah masing-masing bagi makan tengahari. Ketika mentari menjegah ke petang, kami mengambil keputusan bagi mengadakan latihan dikir barat di sungai berdekatan. Pada malamnya kami para peserta menghadirkan diri ke dewan bagi Majlis Penutup Program. Acara dimulakan dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran yang disampaikan oleh Muhammad Aidil Shahir Bin Samsudin disusuli bacaan doa oleh Akmal Azam Bin Ramzi. Kemudian, kami mendengar ucapan daripada wakil penduduk iaitu Encik Kadir yang juga merupaan Pegawai JAKIM sebelum ucapan daripada wakil rombongan yang disampaikan oleh Pengarah Program merangkap PK HEM Ust. Silmi Bin Omar sebelum ucapan perasmian penutup oleh wakil Pengarah JAKIM Sarawakl. Selepas itu, kami dihiburkan oleh persembahan daripada kanak-kanak tadika Al-Falah. Para peserta rombongan juga berpeluang menunjuk bakat dalam persembahan dikir barat namun tidak berhasil. Kami mengambil keputusan untuk menasyidkan Asma Ul Husna bagi meraikan penduduk kampung.

kem_sarawak4

          Pada hari terakhir di Bumi Kenyalang, kami berpeluang bergambar bersama para keluarga sebagai tanda kenangan. Para peserta agak keberatan bagi meninggalkan keluarga masing-masing. Kami meneruskan perjalanan pulang ke Kuching bagi melawat ke Kilang Kek Lapis Dayang Saleha yang terkenal di Sarawak. Seterusnya para peserta sekali lagi ke Waterfront bagi membeli buah tangan bagi dibawa balik ke semenanjung. Lebih kurang jam 4.30 petang kami menaiki pesawat menuju ke Kula Lumpur dan bertolak pulang ke Kota Bharu pada jam 8.30 malam dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail pada jam 9.45 malam. Sesungguhnya segala memori dan pengalaman yang diperoleh di Sarawak akan  dikenang dan dipahat erat dalam sanubari setiap peserta.

 

Disediakan oleh,                                                                                          18 DISEMBER 2011

Timbalan Setiausaha,

Program Tahsinul Qiraah Dan Anak Angkat,

Perkampungan Saudara Baru Sarawak,

Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin 2011.

 

Komen  

 
0 # nor 2012-01-07 12:19
TAKWIM TAHUNAN MTST UNTUK TAHUN 2012
Jawab | Jawab dengan quote | Quote
 

Tambah komen

Security code
Refresh

.
Artikel berkaitan:

SUMBANGAN DERMA UNTUK  PEMBINAAN MASJID MAAHAD TAHFIZ SAINS BUSTANUL ARIFIN TUMPAT

Pihak kami sedang membina sebuah Masjid 2 tingkat Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin Tumpat di atas tanah lot 1293 bagi memuatkan 500 orang jemaah pelajar dan masyarakat sekitar.

Justeru, kami memohon sumbangan derma untuk menyiapkan pembinaan masjid tersebut  berjumlah RM 950,000 (Sembilan Ratus Lima Puluh Ribu Ringgit Sahaja).

Sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun Maybank No.: 553038016782 atas nama PIBG Maahad Tahfiz Sains, Tumpat

Segala sumbangan dan kerjasama kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Mafhum Hadis:

"Siapa membina masjid kerana Allah, Allah akan bina sebuah mahligai di syurga"


Ingat 5 perkara
Sebelum 5 perkara..


Undian

Perkara yg perlu dititik beratkan berkaitan web MTST ini
 

Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin
Berangan, 16200 Tumpat Kelantan
No Tel : 09-7258979
No Fax : 09-7255979
email : mtst@mtstumpat.com

amanat mudir

 

PAUTAN

yik_banner

jpn kelantan

.

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini57
mod_vvisit_counterSemalam250
mod_vvisit_counterMinggu ini1648
mod_vvisit_counterMinggu lepas1882
mod_vvisit_counterBulan ini6930
mod_vvisit_counterBulan lepas9204
mod_vvisit_counterKeseluruhan149632
Kemaskini terakhir : Rabu 04 Januari 2012