Maahad Tahfiz Sains Tumpat telah mengadakan satu lawatan ke negeri Sarawak bagi mengisi aktiviti program selepas Peperiksaan PMR. Lawatan ini disertai oleh 27 orang pelajar tingkatan tiga serta diiringi tiga orang guru pengiring iaitu Tuan Mudir Ustaz Suhaimi Sulaiman, Ustaz Silmi Omar dan Ustaz Nazri Shamsudin. Program ini mendapat kerjasama daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) cawangan Sarawak dan diadakan selama lima hari pada 26 sehingga 30 november 2011.
Para peserta rombongan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Kota Bharu pada jam 10.55 pagi dengan menaiki pesawat Air Asia menuju ke Terminal Tambang Murah (LCCT). Kami tiba di LCCT dan segera menunaikan solat jamak takdim bagi menaiki pesawat seterusnya pada jam 4.45 petang. Kami selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangasa Kuching kira-kira jam 7 malam disambut oleh pegawai JAKIM, Abang Tarzidi. Kami dibawa bagi menikmati makan malam di Kubah Ria sebelum meneruskan perjalanan ke tempat penginapan di Pusat Latihan Sarawak, Matang Jaya.
|
|
MTST - Tanggal 25 April 2011, Unit Asrama MTST telah menganjurkan satu program yang diberikan nama Malam Kesenian Islam MTST 2011. Program yang melibatkan seluruh warga MTST ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan ukhuwah islamiah dikalangan warga MTST disamping mengasah bakat-bakat terpendam pelajar di dalam aktiviti pertandingan yang dianjurkan.
Program bermula pada jam 7.30 malam dengan solat Maghrib secara berjemaah seterusnya membaca Al-Quran beramai-ramai seperti rutin harian biasa kemudian di sajikan dengan sedikit tazkirah sebelum solat Isya' berjemaah. Malam Kesenian Islam MTST 2011 dimulakan dengan ucapan pengarah program iaitu saudara Ahmad Farhan Bin Rosli pelajar tingakatan 3, kemudian ucapan perasmian oleh Penolong Kanan Pentadbiran Ustaz Aubaidillah Bin Yusoff.
|

Tahniah kepada peserta MTST yang mendapat tempat ke-3 dalam Pertandingan Animasi Peringkat Akhir MASSAK 2011. Walaupun pertama kali MTST menghantar wakil dalam pertandingan ini, namun kesungguhan dan pencapaian yang diperolehi adalah amat membanggakan. Pertandingan yang berlangsung pada 25 April 2011 itu melibatkan empat buah sekolah iaitu :
1) Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas - Johan
2) Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah - Naib Johan
3) Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin, Tumpat - Ke-3
4) Maahad Pengajian Islam, Kota Bharu - Ke-4
|
Alumni MTST 2010 telah mengadakan suatu program dalam rangka untuk menzahirkan rasa rindu kepada warga MTST dan mengenang jasa para murabbi yang telah banyak berjasa kepada mereka. Program ini berlangsung selama tiga hari dua malam (21-23 April 2011) dengan penglibatan daripada 40 orang alumni 2010 dan guru-guru MTST.
Program sebegini sangat wajar diadakan agar keakraban dan hubungan di antara guru-guru dan bekas pelajar sentiasa segar terjalin. Segala kenangan lama kembali bermain diingatan apabila saling bertemu dan bersua muka, bagai baru semalam semuanya berlalu.
|
|
|
|
|
|
|
Halaman 1 dari 4 |