Kha 15 Jul 2010 |
|
Ringkasan sistem pembelajaran:
Secara ringkasnya, sistem pembelajaran yang diguna pakai di Maahad Tahfiz Sains Tumpat adalah menggabungkan tiga sistem iaitu pengajian ilmu-ilmu al-Quran, ilmu diniah (arab & agama) dan ilmu akademik.
Selain daripada menghafaz 30 juzuk Al Quran, ilmu-ilmu pengajian Al-Quran adalah merangkumi ilmu qiraat, tajwid dll.
Manakala ilmu diniah diajar berasaskan sukatan universiti Al Azhar, Mesir yang telah disusun semula oleh Yayasan Islam Kelantan. Matapelajaran ini termasuk ilmu feqah, tauhid, hadis, mutalaah yang diajar dalam bahasa arab.
Sukatan akademik pula adalah berasaskan KBSM seperti mana yang diajar di sekolah menengah kebangsaan yang lain. Matapelajaran yang diajar adalah 9 sukatan matapelajaran untuk PMR seperti matematik, bahasa inggeris dan sains.
Selepas tamat tingkatan 3 dan menduduki PMR pelajar-pelajar ini akan diserap ke Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah dan seterusnya menduduki SMU di tingkatan 4 dan SPM.
Note : MTST hanya menawarkan pengajian hingga ke tingkatan 3 |
|
|
Ingat 5 perkara Sebelum 5 perkara.. |
Muat Turun Terbaru
- TENTATIF HARI PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN SATU 2012.pdf (2011.12.26)
- KEPERLUAN PELAJAR 1.pdf (2011.12.26)
- TINGKATAN 1 2012.pdf (2011.12.26)
- borangmasukmaahadkawalan2012.pdf (2011.10.09)
- jadual peperiksaan tengah tahun 2011.pdf (2011.04.26)
Undian
Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin
Berangan, 16200 Tumpat Kelantan
No Tel : 09-7258979
No Fax : 09-7255979
email : mtst@mtstumpat.com
Statistik Pelawat






![]() | Hari ini | 321 |
![]() | Semalam | 414 |
![]() | Minggu ini | 1484 |
![]() | Minggu lepas | 2288 |
![]() | Bulan ini | 2834 |
![]() | Bulan lepas | 9204 |
![]() | Keseluruhan | 145536 |













Komen
Memandangkan tarikh soal jawab di atas adalah pada 15 Julai 2010 , oleh itu saya ingin bertanyakan adakah kesemua pelajar tingkat 4 dan 5 di MTST ini akan diserapkan ke Maahad Tahfiz Kok Lanas ( pelajar lelaki )? Mohon dapat jawapan segera . Terima kasih
SAYA INGIN MENGETAHUI BEBERAPA PERKARA BERKAITAN MAAHAD..
1.ADAKAH MAAHAD INI ADA MEMPELAJARI BIDANG TAFSIR?
2.APAKAH SUKATAN TAFSIR YANG DIGUNAKAN?
3.KITAB TAFSIR MANAKAH YANG DIGUNAKAN?
3.BAGAIMANAKAH KAEDAH PEMBELAJARAN TAFSIR OLEH GURU KEPADA PELAJAR?
TERIMA KASIH.
JAWAPAN DARI TUAN ADALAH UNTUK PENGETAHUAN BAGI MENINGKATKAN KAEDAH PEMBELAJARAN TAFSIR.
untuk pengetahuan pihak tuan/puan, MTSBA mempelajari mata pelajaran tafsir bagi tingkatan 1,2&3. namun ada sedikit perbezaan bagi tingkatan.
1) tingkatan 1 = al-tafsir al-karim li al-qismi al-ilmi
tafsir yang berkaitan dengan ilmu sains yang digubal oleh lajnah kutub YIK dan diterbitkan oleh YIK
2 tingkatan 2 = al-tafsir al-karim li al-qismi al-ilmi
tafsir yang berkaitan dengan ilmu sains yang digubal oleh lajnah kutub YIK dan diterbitkan oleh YIK
3) tingkatan 3 = tafsir al-nasafi - juzu' amma
dikarang oleh imam abdullah bin ahmad al-nasafi. ini adalah seperti sukatan yang digunakan oleh al-azhar
saya sekarang sedang menjalankan kajian tentang pembelajaran tafsir bi al mathur..malangnya di tempat saya tidak ada bahan rujukan ...boleh kah tuan membantu saya untuk menerangkan secara ringkas dan padat berkaitan sukatan pelajaran tafsir khususnya tafsir bi al mathur di maahad tuan...segala bantuan saya dahului dengan ucapan berbanyak terima kasih...sekian terima kasih..
sy pun satu kelas dengan hariyati..sy pun menghadapi masalah yang sama...begitu juga dengan kawan-kawan yang lain..tolong lah ya.....syukran..
Untuk perhatian pihak tuan/puan, setakat ini pelajar MTSBA yang layak ke tingkatan 4 aliran sains akan dipindahkan ke Maahad Tahfiz Sains di Tanah Merah. Pelajar akan mengikuti pengajian sains tulen mengandungi subjek fizik, kimia, biologi, matematik tambahan dan lain-lain disamping meneruskan aliran tahfiz sedia ada.
RSS feed for comments to this post