Kha

15

Jul

2010

Syarat kemasukan ke Maahad Tahfiz Sains Cetak
     Oleh :   Unit IT MTST

Syarat Permohonan dan Kelayakan:

 

Permohonan adalah terbuka kepada semua murid yang tamat sekolah rendah atau yang setaraf dengannya. Walaubagaimana pun, keutamaan diberikan kepada murid yang mendapat keputusan UPSR sekurang-kurangnya 4A 1B. Sesi temuduga akan dijalankan kepada murid yang layak.

 

Borang kemasukan pelajar baru akan dikeluarkan oleh Yayasan Islam Kelantan selepas peperiksaan UPSR. Borang tersebut boleh didapatkan di pejabat Yayasan Islam Kelantan atau di pejabat Maahad Tahfiz Sains Tumpat dan lain-lain sekolah Maahad Tahfiz Sains kelolaan YIK..

 

Komen  

 
-3 # Abdullah bin Ramli 2011-05-24 01:27
Assalamualaikum . Semua anak-anak saya dihantar ke maahad tahfiz biasa seawal usia 9 tahun. mereka hanya belajar tahfiz semata-mata tanpa pengajian akademik. mereka tidak menduduki upsr. Bolehkah ketika mereka berumur 13 tahun belajar di maahad tahfiz sains tuan?
Jawab | Jawab dengan quote | Quote
 
 
+5 # syamsul 2011-06-14 21:36
Assalamualaikum ..adakah MTST menerima permohonan kemasukan dari negeri lain.Anak saya belajar di Sek Rendah Islam Hira, Klang.
Jawab | Jawab dengan quote | Quote
 
 
-1 # Maryam 2011-07-04 20:59
Sy nak tanya, borang kemasukan tak de ke melalui online? Saya warga Pulau Pinang.. Macam mana nak memohon?
Jawab | Jawab dengan quote | Quote
 
 
0 # Unit IT MTST 2011-07-04 23:35
Borang permohonan boleh dimuat turun daripada laman YIK http://yik.kelantan.gov.my/

Pihak tuan/puan boleh memuat turun borang tersebut selepas borang dikeluarkan..insyaAllah pihak kami akan membuat makluman di dalam web ini jika borang telah dikeluarkan..
Jawab | Jawab dengan quote | Quote
 
 
+1 # muhammad fadhli 2011-08-22 16:25
adakah murid yang hendak memasuki sekolah tahfiz perlu membuat ujian seperti menghafaz surah-surah yang diberi?
Jawab | Jawab dengan quote | Quote
 
 
0 # Unit IT MTST 2011-09-20 08:01
Selepas calon menghantar borang, calon akan diberi tarikh untuk ditemuduga. Antara perkara yang ditemuduga ialah, hafazan ayat-ayat pilihan, bacaan ayat pilihan, dan lain-lain. Pelajar juga akan melalui ujian bertulis pada tarikh yang akan ditetapkan.
Jawab | Jawab dengan quote | Quote
 
 
0 # Raudhah 2011-09-19 22:21
Adakah MTS menilai peperiksaan yang lain selain upsr?
Jawab | Jawab dengan quote | Quote
 
 
0 # Unit IT MTST 2011-09-20 08:04
Semua permohonan masuk ke mana-mana Maahad Tahfiz di bawah Yayasan Islam Kelantan adalah diuruskan oleh pihak pengurusan Yayasan Islam Kelantan. Segala peperiksaan selain UPSR dan yang setaraf akan dinilai oleh pihak YIK.
Jawab | Jawab dengan quote | Quote
 
 
0 # Raudhah 2011-09-22 15:29
Bolehkah pelajar berumur 14 tahun memasuki MTS?
Jawab | Jawab dengan quote | Quote
 
 
0 # Unit IT MTST 2011-09-24 21:49
Setakat ini tiada prosedur untuk kemasukan pelajar yang berumur 14 tahun. Namun ini bukanlah keputusan muktamad kerana semua proses permohonan dan kemasukan pelajar tertakluk dibawah pengurusan Yayasan Islam Kelantan.
Jawab | Jawab dengan quote | Quote
 
 
0 # aisyah 2011-11-17 16:07
saya nak tanya adakah MTST menerima pelajar perempuan?dan jika terima prosedur pembayarannya bagai mana ek???
Jawab | Jawab dengan quote | Quote
 
 
0 # Unit IT MTST 2011-11-21 14:59
MTST tidak menerima pelajar perempuan. Pelajar perempuan untuk aliran tahfiz sains berpusat di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah.
Jawab | Jawab dengan quote | Quote
 
 
0 # aisyah 2011-11-23 14:31
emmm,macam mana ek saya nk hantar borang ke Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah????boleh tolong x???saya kene hantar melalui alamat Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah ke atau ke yayasan islam kelantan?????
Jawab | Jawab dengan quote | Quote
 
 
0 # Unit IT MTST 2011-11-24 08:27
Borang permohonan sebaiknya dihantar terus ke Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah kerana borang akan diproses di Maahad berkenaan.

Alamat adalah seperti berikut:

Maahad Tahfiz Sains,
Bukit Panau,
17500 Tanah Merah,
Kelantan Darul Naim
Jawab | Jawab dengan quote | Quote
 
 
0 # Fakhrul Rodzi 2011-12-28 15:23
Assalamu'alaikum,ana pelajar tingkatan 3 tahun 2011.ana berminat untuk masuk ke maahad ni,keputusan PMR 8A 1B.Mohon maklum balas.. :)
Jawab | Jawab dengan quote | Quote
 
 
0 # Unit IT MTST 2011-12-28 15:56
Waalaikumussala m wrt wbt

Tahniah atas keputusan cemerlang dalam PMR. Pihak kami memohon maaf kerana tiada pengambilan untuk pelajar lepasan PMR ke maahad ini.
Jawab | Jawab dengan quote | Quote
 

Tambah komen

Security code
Refresh

.
Artikel berkaitan:

SUMBANGAN DERMA UNTUK  PEMBINAAN MASJID MAAHAD TAHFIZ SAINS BUSTANUL ARIFIN TUMPAT

Pihak kami sedang membina sebuah Masjid 2 tingkat Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin Tumpat di atas tanah lot 1293 bagi memuatkan 500 orang jemaah pelajar dan masyarakat sekitar.

Justeru, kami memohon sumbangan derma untuk menyiapkan pembinaan masjid tersebut  berjumlah RM 950,000 (Sembilan Ratus Lima Puluh Ribu Ringgit Sahaja).

Sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun Maybank No.: 553038016782 atas nama PIBG Maahad Tahfiz Sains, Tumpat

Segala sumbangan dan kerjasama kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Mafhum Hadis:

"Siapa membina masjid kerana Allah, Allah akan bina sebuah mahligai di syurga"


Ingat 5 perkara
Sebelum 5 perkara..


Undian

Perkara yg perlu dititik beratkan berkaitan web MTST ini
 

Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin
Berangan, 16200 Tumpat Kelantan
No Tel : 09-7258979
No Fax : 09-7255979
email : mtst@mtstumpat.com

amanat mudir

 

PAUTAN

yik_banner

jpn kelantan

.

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini320
mod_vvisit_counterSemalam414
mod_vvisit_counterMinggu ini1483
mod_vvisit_counterMinggu lepas2288
mod_vvisit_counterBulan ini2833
mod_vvisit_counterBulan lepas9204
mod_vvisit_counterKeseluruhan145535
Kemaskini terakhir : Rabu 04 Januari 2012